Monday, January 4, 2010

Bab 1 Puteri Utara Putera Selatan

Sketch asal imej konsep watak pada Buku Skrap PDUPDS 1990


Tajuk : Puteri Dari Utara, Putera Dari Selatan.
Oleh : Ramirah Rina Rashid Telefon : 013 952 29 18
Hakcipta asal : Disember 1990
Ditulis/diperbaiki semula: November 2007

Senarai pendukung watak;
Raja Firdaus, Raja Ramirez, Raja Adex, Puteri Saltinar, Ratu Ravez, Maltinar, Vaspara, Vinia, Zaman [ Putera Ramieza ], Puteri Ramirah, Mahaguru Voton, Rhodor, Marivar, Penghulu Tata, Orang Kaya Watta dan lain-lain.
HTML Hit Counter
HTML Hit Counter
Perang Penyatuan

Alkisah sebuah cerita bertempat di negara Mesir purba kira-kira 4500 tahun dahulu, keadaan begitu huru-hara diseluruh negara samada di bandar besar utama, pasar besar, pekan-pekan kecil malah di kawasan desa terpencil. Dua golongan puak dari dua kerajaan beraja sedang bertempur hebat.
Dua raja yang berebut kuasa untuk menguasai kerajaan lawan mereka bagi membentuk satu negara Mesir bersatu yang baru. Mereka adalah Raja Firdaus dari Kerajaan Mesir Thebes di selatan manakala dari utara adalah Raja Romotex yang menaungi kerajaan Memphis. Pertempuran yang maha hebat itu kini berada di kemuncaknya. Gerak gempur dua pasukan perang berlangsung betul-betul di kawasan padang pasir di hadapan Piramid-piramid Agung. Kedua-dua angkatan berpakaian adat-istiadat kerajaan masing-masing seperti mana yang digambarkan pada lukisan-lukisan purba Mesir kuno dalam kuil-kuil lama.
Kerajaan Raja Firdaus memakai simbol burung helang perkasa manakala Kerajaan Raja Romotex menggunakan simbol ular tedung berkembar. Kini Raja Romotex sedang mendahului serangan dengan pedati kuda bergerak kencang ke hadapan, pasukan Raja Firdaus dalam posisi bertahan menunggu perintah raja. Raja Firdaus melaungkan titah serang maka bala tenteranya segera mengambil posisi menyerang seraya pasukan pemanah diraja melepaskan panah berapi berjaya melumpuhkan sebahagian kecil pasukan lawan. Babak pertempuran itu begitu sengit sekali dan akhirnya angkatan kerajaan selatan menguasai serangan. Kerajaan utara hanya tinggal Raja Romotex dengan beberapa pngawal dirajanya, pasukan tentera Mesir selatan mengelilingi mereka lalu memberkasnya untuk dibawa mengadap Raja Firdaus di khemah diraja.

Raja Firdaus bertitah, "Jikalau beta mengenangkan kekejaman-kekejaman yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Utara kepada rakyat Mesir dan berapa ramai kaum wanita dan kanak-kanak yang telah disembelih dan dibunuh sesuka hati oleh kamu, mahu saja beta perintahkan hukuman dengan panah beracun ular tetapi beta tidak sampai hati untuk menghapuskan keturunan Kerajaan Mesir Utara... Maka nyahlah kamu, Romotex dari bumi Mesir ini!"

Maka bertempiaran larilah Raja Romotex dengan pengawal-pengawalnya menaiki kuda mereka semula diberikan oleh pengawal Raja Firdaus.

Setelah jauh Romotex dan kuncu-kuncunya meninggalkan perkhemahan tentera selatan, mereka berhenti seketika. Romotex bertitah untuk menuntut bela semula di atas kekalahan kerajaannya. Orang bawahan menurut sahaja kata ketuanya itu. Kemudian mereka menyambung perjalanan merentas padang pasir gersang ke arah timur Mesir.

Perjalanan pasukan penjarah kejam yang pernah menyembelih wanita dan kanak-kanak di kawasan desa pinggiran Sungai Nil bahagian Mesir Utara pun sampailah ke satu kawasan yang amat misteri kepada mereka iaitu di satu tempat yang terletak di tepi Laut Mati, tempat itu didiami oleh satu bangsa yang digelar orang Hikzos yang merupakan satu kaum yang amat liar, kejam dan ganas. Mereka juga menganut satu ajaran yang amat sesat bertuhankan syaitan dan menjalani hidup bagaikan binatang buas.

Perjalanan Romotex dan kuncu-kuncunya seterusnya sampai disebuah pekan hikzos yang dipanggil Hikzana. Sampai sahaja di sebuah kedai persinggahan, Romotex cuba mempengaruhi mereka dengan membuat baik kepada semua dengan belanja makan semua orang.

Orang Hikzos termakan kata hasutan pujuk-rayu Romotex yang menawarkan kekayaan harta emas Mesir jika dia dapat menawan semula kerajaan Mesir. Orang hikzos percaya akan kata janji Romotex itu. Mereka mula berlatih perang di bawah tunjuk ajar pengawal kanan Romotex itu.

Manakala itu, Raja Firdaus dan permaisurinya menjalani upacara naik tahta Kerajaan Mesir Bersatu. Baginda mengisytiharkan kerajaan baru dengan lambang penyatuan dua kerajaan iaitu lambang burung helang mencengkam dua ular.

Upacara pengisytiharan Firaun Agung bagi negara Mesir Bersatu dijalankan oleh Paderi Agung dari Kuil Amon iaitu tuhan utama orang Mesir. Istiadat itu berlangsung di hadapan Istana Agung Firaun yang bereka-bentuk seperti Pathenon Yunani tetapi lebih kuno dan bergaya Mesir dengan corak lukisan Mesir purba.
Setelah selesai pemasyhuran tersebut, hadirin yang terdiri daripada menteri-menteri, pengawal kerajaan, askar diraja, para bangsawan dan rakyat kebanyakan bersorak keriangan dan melaungkan, "Daulat Tuanku Firaun!" Beberapa kali.

Seraya perlantikkan raja baru, rakyat diseluruh negara meraikannya dengan memukul gendang besar disepanjang hari manakala di waktu malam, panahan jamung berapi secara berkumpulan dilepaskan ke udara dihalakan ke padang pasir membentuk corak-corak seperti bunga api moden. Suasana begitu meriah dan membahagiakan sekali.

Setahun kemudian, permaisuri Raja Firdaus yang sarat mengandung jatuh ketika berjalan di Taman diraja dan sakit bersalin. Permaisuri melahirkan anak kembar lelaki tetapi baginda mangkat sejurus kelahiran. Raja Firdaus teramat sedih dengan peristiwa ini lantas mengarahkan menterinya untuk membina sebuah makam buat permaisurinya itu, para menteri memberi anggaran masa lapan tahun untuk makam itu siap.

Raja Firdaus menitahkan lagi bahawa baginda mahukan makam permaisurinya dibina di kawasan Makam Diraja di Memphis. Disebalik berita sedih itu, hati Raja Firdaus terubat dengan kehadiran dua orang putera kembar. Yang sulung dinamakan Putera Ramirez manakala yang bongsu diberi nama Putera Adex.

Setelah hampir lapan tahun berlalu, pembinaan makam permaisuri pun siap sepenuhnya dengan lukisan hiegrografik Mesir kuno sejarah hidup permaisuri dari lahir sehingga meninggal dunia. Ruang dalam makam itu juga dipenuhi dengan perabut perhiasan diraja.

Manakala baginda putera sulung ketika ini sedang bermain-main dengan anak Paderi Agung yang juga merupakan sepupunya juga kerana tuanku permaisuri adalah adik kepada paderi. Putera Ramirez sedang memanah ikan di tepian taliair sawah bendang rakyat jelata. Rakyat kebanyakan yang berada di situ seolah-olah tidak memperdulikan kedua budak itu sepertimana anak- anak penduduk biasa yang lain.

Ramirez yang sedang menumpu perhatian untuk memanah terpandang Vaspara yang duduk termenung seketika.
"Kenapa Vaspara?"
"Ayahanda patik memanggil kita pulang ke istana, tuan putera."
"Jumm kita balik." Mereka menyiapkan alatan dan kemudian berlari mengharungi desa dan kebun menuju ke istana.

Manakala Putera Adex berada di gelanggang pertarungan pedang, sedang bertarung. Putera Adex berlawan dengan penuh angkuh dan bengis, walaupun lawannya tidak berani melebih-lebih tetapi Adex mengambil peluang untuk mencederakan pelawannya. Jurulatih pedang mengelengkan kepala dengan perangai angkuh putera mahkota kedua itu.
Para pelatih mengeluh sesama mereka, "Sudah 12 orang Putera Adex cederakan, tidak berhati-perut langsung." Kemudian datang pengawal pengasuh Adex untuk mengiringinya pulang ke istana, "Tuanku putera, baginda raja memanggil tuanku untuk pulang ke istana, seberapa segera."

Masa berlalu, mereka semua berada di ruang utama Istana Agung, mereka semua berpakaian istiadat rasmi diraja bersempena hari pemakaman rasmi Permaisuri Raja Firdaus termasuklah kedua putera mahkota, keranda batu berhias permaisuri diusung oleh 20 pahlawan kesatria Mesir Bersatu sehingga ke Pelabuhan Bandar. Mereka semua akan belayar ke bandar diraja Memphis dengan menaiki kumpulan kapal jerami papirus. Kapal yang membawa keranda permaisuri dihias paling indah sekali diikuti kapal dinaiki raja dan menterinya, kapal putera dengan hulubalang diraja dan kapal orang-orang kenamaan tersohor di negara Mesir.

Kapal pertama yang membawa mumia permaisuri juga membawa harta-harta emas, permata dan perabut diraja yang pernah digunakan oleh tuanku permaisuri. Rakyat jelata yang berada di sepanjang tebing Sungai Nil itu memberikan tanda penghormatan terakhir dengan membongkok atau bersujud untuk menghormati raja dan bekas permaisuri mereka itu.

Upacara pemakaman rasmi pun berlangsung di makam diraja itu dengan penuh adat istiadat diraja Mesir. Sesudah selesai pemakaman itu dijalankan, Raja Firdaus bertitah yang baginda akan menetap di Bandar Memphis kerana mahu berada lebih dekat dengan jasad isterinya itu. Maka dengan rasminya Memphis menjadi ibukota baru Mesir yang rasmi mengantikan kota Thebes.

Seluruh bandar Memphis bersorakan keriangan kerana bandar mereka dipilih menjadi ibukota yang baru. Masa berlalu, bandar Memphis mula mengalami perubahan pesat dengan pembinaan bangunan-bangunan baru kerajaan termasuklah Istana Raja Agung dan Kuil Agung. Seluruh negara Mesir menjadi aman dan makmur sekali dengan pemerintahan Raja Firdaus yang sangat adil dan saksama.

Tahun berganti tahun, kedua putera menjadi remaja. Putera Ramirez sedang tekun belajar dengan pembantunya Vaspara. Mereka tekun belajar sejarah purba Mesir dan lagenda-lagenda suci kepercayaan Mesir. Mereka diajar oleh paderi diraja iaitu ayah Vaspara juga.
Putera Adex pula berada di kawasan pemburuan di tepi bandar, beliau bersama pengawal-pengawal pengiringnya. Mereka memanah burung terbang dengan berkuda. Setelah beberapa ekor burung bayas diperoleh oleh pasukannya, Puteri Adex terpandang burung helang diraja melintas di awangan dan baginda mahu memanahnya, namun seorang pengawalnya cuba menghalang, "Maaf tuanku putera, burung itu adalah burung suci kerajaan tuanku..."
"Ahh... Beta tidak peduli!"
Pengawal itu cuba menghalang secara fizikal menyebabkan Adex menjadi amat murka.
"Hei, bedebah kamu nak halang beta, kamu semua panah dia." Adex memberi arahan mutlak maka semua pengawalnya yang lain terpaksa ikuti perintah raja muda mereka itu. Pengawal malang itu memohon ampun dan meminta simpati tetapi tiada yang peduli, kena panah jua lalu mati dan jatuh dari kudanya. Sesudah hukuman dikenakan kepada pengawalnya itu, Adex terus memanah burung helang yang masih terbang itu. Tapi burung itu bernasib baik terlepas sasaran.
Kemudian datang pengawal berkuda berpangkat rendah dari istana menghampiri Adex dan pengawalnya, "Tuanku putera, tuanku baginda menitahkan tuanku putera pulang ke istana seberapa segera kerana hari sudah senja." Seraya pengawal itu terkejut ngeri melihat mayat pengawal yang sudah mati dibunuh tadi.
"Ah! Tak perlu ingatkan beta... Kamu pengawal, beta mahu kamu pergi tanam si gila babi yang nak bunuh beta tadi."
"Bbaikk... Tuanku,"kata sanggup pengawal pangkat rendah itu. Adex ketawa besar melihat gelagat pengawal pangkat rendah itu. Si pengawal itu terketar-ketar mengangkat mayat itu. Adex dan pengawalnya berlalu pergi.

Suasana malam menjelma di Kota Memphis, baginda raja makan bersama-sama kedua puteranya disertai oleh memanda menterinya. Makan malam diraja tersebut merupakan acara bulanan istana.
Kemudian mereka berada di dewan utama istana untuk menikmati hiburan tarian dan nyanyian dari penghibur istana. Kedua putera berada bersama-sama ayahanda mereka, Putera Ramirez disebelah kanan manakala Putera Adex disebelah kiri baginda. Dalam pada itu, baginda firaun menyatakan hasrat baginda untuk menghantar kedua putera ke tempat perguruan.

Pada mulanya, baginda mahu menghantar kedua putera ke perguruan Tasik Putih, tetapi Adex membantah keras. " Ayahanda, anakanda tidak gemar untuk berguru di Tasik Putih, disanakan sudah berpuluh generasi raja-raja firaun menuntut di sana, tidak ada pengajaran ilmu perang yang baru menarik minat anakanda. Anakanda mahukan ilmu-ilmu perang baru."
Raja firaun berbincang dengan memanda menterinya akan pandangan Adex itu. Lalu seorang menteri mencadangkan perguruan di Lembah Merah berhampiran Laut Merah kerana sudah banyak perkhabaran yang menyatakan ramai pahlawan-pahlawan perkasa yang berkhidmat dengan kerajaan-kerajaan timur Mesir berasal dari tempat itu. Maka itu Raja Firdaus menitahkan Adex dihantar ke Lembah Merah manakala Ramirez ke Tasik Putih.

Beberapa hari kemudian, upacara keberangkatan putera-putera diraja firaun pun berlangsung, Adex dan beberapa orang pengawal bertolak dengan menaiki kuda ke arah timur ke Lembah Merah. Manakala Ramirez hanya berdua dengan Vaspara pergi dengan manaiki kapal layar kecil bertemankan jurumudi berpengalaman. Kapal itu bergerak perlahan menuju kawasan hulu Sungai Nil.
Perjalanan mereka begitu sukar apabila berada di kawasan hulu, permandangan perjalanan bertukar daripada kawasan gurun kepada savana dan seterusnya kepada hutan hujan tropika yang subur berserta dengan pelbagai haiwan dan unggas mereka jumpai, begitu juga pelbagai kaum etnik manusia yang menetap di situ. Perjalanan dengan kapal masih boleh ditempuhi jeram-jeram sungai yang cetek sehinggalah perjalanan dengan kapal terhenti apabila mereka sampai di satu air terjun yang sangat besar dipanggil Air Terjun Tasik Putih. Maka itu, Ramirez dan Vaspara terpaksa meneruskan perjalanan dengan melangkah sahaja. Mereka mulanya berjalan kaki sahaja merempuh semak rumput di sepanjang sungai dan kemudian mereka terpaksa mendaki sepanjang pinggir curam air terjun itu. Sesudah sampai di puncak tebing curam itu, kedua mereka terpegun melihat permandangan yang menakjubkan terbentang di hadapan mereka adalah sebuah tasik yang amat luas seumpama sebuah lautan yang dikelilingi dengan pergunungan putih berlitupi salji mencecah awan.
Sedang keasyikkan kedua mereka menikmati permandangan itu maka datanglah beberapa pemuda tempatan yang berpakaian serba putih menyambut kedatangan tetamu diraja itu. "Selamat datang tuanku putera ke daerah kami, sudah lama kami nantikan kedatangan tuanku putera semenjak perutusan helang putih diraja sampai membawa perkhabaran perutusan paduka raja firaun." Terang panjang seorang pemuda yang bertindak sebagai ketua kumpulan pemuda itu.
Mereka dibawa mengadap mahaguru mereka iaitu Mahaguru Voton. Kemudian mereka mula mempelajari ilmu pertarungan dan ilmu batin kebaikan.

Di Lembah Merah pula, Adex dan pengawalnya berguru dengan seorang guru yang paling terkenal dikalangan orang Hikzos iaitu Mahaguru Mangkluxe manakala Raja Romotex menjadi orang paling kaya dan berpengaruh di bandar Hikzen itu. Raja Romotex kini lebih dikenali sebagai orang kaya Romotex. Dia bukan main gembira lagi apabila mendapat tahu salah satu putera mahkota Mesir berada di tempat itu. Romotex berbuat baik pada Adex dengan menawarkan tempat tinggal mewah seperti istana dan dilengkapi dengan penghibur istana. Romotex juga mempergunakan anak gadisnya Ravez untuk mengoda Adex. Manakala Adex kelekaan dengan gaya hidup berfoya-foya di Lembah Merah itu. Dia begitu serasi dengan amalan budaya dan ilmu hitam yang dituntut di situ.

Masa bergerak begitu pantas, 15 tahun telah berlalu. Ramirez menguasai pengajiannya dan menjadi penuntut terbaik Mahaguru Voton. Dalam masa perguruan itu, Ramirez dan Vaspara sempat menyiapkan sebuah mahligai kota batu di tepian tasik dipersimpangan air terjun itu. Di samping itu, Ramirez terpikat dengan Puteri Saltinar manakala Vaspara menaruh hati kepada Maltinar, salah seorang dayang pengiring Saltinar. Mereka berdua pasangan selalu berada di kawasan air terjun suci itu. Mahaguru Voton tahu tentang itu tetapi memilih untuk mendiamkan sahaja.

Sehinggalah di satu hari selepas menamatkan latihan harian, Ramirez meminta izin Voton tetapi Voton memberikan satu syarat aneh bagi membuktikan kesungguhan hasrat putera itu.
Syarat itu ialah Ramirez mesti menangkap sepasang kuda putih bersayap walau dengan apa cara sekalipun. Ramirez akur dengan syarat itu, sebelum mereka pergi mencari kuda suci itu, Ramirez dan Vaspara membuat rujukan terlebih dahulu skrol-skrol suci di pustaka perguruan untuk mendapat beberapa petunjuk. Nasib baik Vaspara menjumpai sedikit petunjuk penting.
Mereka pun bertolak ke daerah pergunungan suci. Mereka menempuhi pelbagai halangan fizikal sepanjang perjalanan itu. Setelah beberapa hari, mereka pun tiba di satu padang rumput dimana kelihatan beberapa ekor kuda ajaib itu. Vaspara mencadangkan waktu lewat senja untuk menangkap kuda itu.
Hari bertukar senja merah untuk mulakan langkah. Mereka menggunakan kelembutan untuk menangkap kuda tersebut iaitu dengan menghulurkan buah-buahan segar dan kemudian mengusap-usap manja badan kuda, kuda yang amat liar itu menjadi begitu jinak sehingga boleh ditambat lehernya.
Mereka terus memasang pelana dan menunggang terbang ke tempat perguruan mereka. Setelah sampai mendarat di padang latihan perguruan, Voton sedia menyambut dan menunjuk rahsia utama iaitu kuda itu akan bertukar menjadi kuda biasa apabila tanduk unikon dikepalanya dibuang dan kembali bersayap apabila tanduk itu diletak semula di kepalanya. Setelah itu Mahaguru Voton mengistiharkan penyatuan Ramirez dan Saltinar.

Masa berlalu, upacara penamatan perguruan dijalankan. Kawasan perguruan Tasik Putih dipenuhi oleh orang kampung yang duduk berjauhan selama ini. Suasana begitu meriah dengan persembahan tarian dan nyanyian tradisi setempat. Perayaan itu diakhiri dengan pengisytiharan perkahwinan Ramirez dengan Saltinar oleh Paderi Kuil Amon tempatan. Suasana ternyata meriah sekali.
Pada malamnya, sehari sebelum pasangan pengantin baru itu bertolak ke Kota Diraja Memphis, disebuah bilik rahsia itu hanya dihadiri Mahaguru Voton dengan pasangan pengantin bertemankan dua sahabat baik mereka. Voton mengeluarkan beberapa barang sakti, satu rantai emas berloket bentuk segitiga dan dua ketul kristal putih bentuk piramid kecil, "Ayahanda mahu memberikan barang-barang suci untuk kegunaan kamu dimasa hadapan. Loket emas ini mempunyai kuasa sakti untuk menanda anak-anak kamu kemudian hari nanti, kamu cuma perlu membacakan beberapa ayat sakti seperti yang tertulis pada gulungan papirus ini manakala kristal sakti ini boleh kamu gunakan untuk memerangkap roh kamu jika kamu menghadapi ancaman maut sebelum ajal tuhan alam belum sampai, roh kamu hanya boleh dibangkitkan dengan kasih sayang darah daging kamu. Ayahanda beramat bimbang dengan firasat masa depan kamu. Kamu mesti berhati-hati dengan musuh dalam selimut."
Voton menghulurkan barang-barang itu kepada menantunya, " Tandakan loket ini dibahagian bawah dada kiri mereka. Firasat ayahanda, anak-anak kamulah yang akan menyelamatkan bumi Mesir menghadapi zaman kelam semula, jagalah keselamatan anak kamu walaupun kamu berganti nyawa."
"Terimakasih ayahanda..." kata kedua pengantin.
"Dan kamu berdua sebagai orang yang paling dekat hendaklah sentiasa membantu kedua anakanda beta ini demi masa depan Empayar Mesir Bersatu."
"Kami akan cuba laksanakan, mahaguru." Akur Vaspara dan Maltinar.
Keesokkan paginya, sebuah perahu layar bertolak menyelusuri ke hilir Sungai Nil.

Sementara itu di Lembah Merah yang berpuaka, di Bandar Hikzen berlangsung perayaan festival bersukaria penduduk tempatan. Mereka semua rancak berbual sambil meminum minuman keras dan menyaksikan persembahan tarian wanita berkumpulan yang sungguh tidak senonoh dipandang mata. Adex bercakap-cakap dengan megah bersama kawan-kawannya sambil mabuk-mabuk. "Siapakah lelaki yang paling hebat pernah hidup di Lembah Merah ini?"
"Tentulah sekali baginda tuanku!!"
"Beta hebat?" Tanya Adex.
"Putera Adex paling hebat!" Puji rakannya lagi.
"Tuanku putera Adex belum lagi hebat... Selagi belum dapat menjinakkan kuda bota kami yang berada di Gunung Hitam." Kata menghasut Orang Kaya Romotex.
"Bagaimanakah caranya untuk menjinakkan kuda itu, Pakcik Orang Kaya?"
"Senang saja tuanku, tuanku hanya perlu berjumpa dengan tukang tilik Mega." Bisik Romotex.
"Tunjukkan beta..."

Masa berlalu, didalam kepekatan malam itu, Adex menemui penilik Mega. "Apa hajat tuanku putera datang ke sini?"
"Beta mahu tahu tentang kuda bota..."
"Oh bahaya tuanku... Bahaya."
"Apakah yang dikata kuda bota itu?"
"Cerita-cerita lama kaum kami... Menyatakan kuda itu berupa seperti naga tetapi bertubuh helang dan berkaki empat."
"Itu memang hebat

end
Puteri2

Putera Adex terus mendesak Bomoh Mega, sebenarnya Mega hanyalah berpura-pura takut untuk memberitahu cerita tentang kuda bota itu kerana dia telah berpakat dengan Romotex untuk memerangkap Adex yang bersikap angkuh itu.
"Beginilah tuanku, jika berhajat sangat untuk mendapatkan kuda bota itu... Syarat dan pantangnya sedikit sahaja."
"Beritahulah Pawang Mega, beta sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkannya..."
"Terdapat tiga syarat penting tuanku. Pertama, tuanku perlu pergi berjumpa dengan penjaga kuda-kuda itu yang berupakan mahkluk agorak yang bengis dan selalu dahagakan darah manusia hidup. Kedua, apabila berjumpa dengan mahkluk agorak itu, tuanku hendaklah menjanjikan sejumlah nyawa manusia yang sama untuk ditukarkan dengan bilangan kuda bota itu. Ketiganya, tuanku kena mengorbankan seorang nyawa manusia untuk diberi makan kepada kuda-kuda itu setiap kali bulan mengambang..."

Beberapa hari kemudian, Adex bertemankan sepuluh orang pengikut yang terdiri daripada lima kawan Mesir dan lima kawan budak Hikzos tempatan pergi ke kawasan pergunungan Merah itu. Apabila sampai dikaki pergunungan itu, Adex meninggalkan rakan-rakan hikzosnya, "Rhodor, beta mahu kamu dan kawan-kawan kamu tunggu disini sahaja. Biar beta dan kawan beta ke atas untuk berjumpa dengan penunggu kuda bota itu." Budak-budak hikzos itu ikutkan saja arahan Adex itu. Adex telah pun merangka satu rancangan yang jahat.
Setelah beberapa tempoh pendakian yang sukar itu mengambil separuh hari. Hari sudah senja di pergunungan itu dengan permandangan awn merah menyala. Adex mengakhiri pendakian dengan tiba disebuah rambung tanah datar di kemuncak pergunungan itu. Adex terpegun melihat permandangan kuda-kuda bota itu meragut rumput di padang itu dan berpelakuan ganas sekali.
"Tuanku... Bagaimana kita hendak menangkap kuda-kuda itu?" Tanya hairan kawannya.
"Beta tahu caranya... Serah soal itu pada beta... Beta nak pergi masuk gua tempat penunggu kuda itu berada..."
"Kami boleh ikut tuanku?" Minta izin pengikutnya.
"Tak perlu kamu ikut... Beta mahu pergi seorang sahaja... Kamu semua berada disini sahajalah... Tengok-tengokkan kuda-kuda itu."
"Tapi tuanku... Tugas kami adalah untuk melindungi keselamatan diri tuanku."
"Tak perlu, tak perlu..."
"Baik tuanku..."

Adex meninggalkan pengikutnya di pinggiran padang rumput itu, dia menuju ke sebuah gua besar di satu tebing di sudut dataran itu. Adex memasuki gua yang penuh misteri itu, keadaan sungguh kelam, gelap dan menyeramkan. Adex cuba menyeru penunggu, "Penunggu kuda... Penunggu kuda!" Beberapa kali.
"Ya manusia, apa kamu mahukan... Berani kamu datang jumpa aku hah..."
"Saya seorang putera diraja Mesir... beta mahukan..."
"Aku tahu apa yang kamu mahukan... Kamu mahu mengambil kuda-kuda sakti aku kan?"
"Ya... Wahai penunggu yang bijaksana..."
"Kamu tahu apa syarat-syaratnya?
"Beta tahu..."
"Berapakah kamu mahukan?"
"Buat permulaan... Lima ekor sahaja..."
"Kamu sudah sediakan korban untuk kuda-kuda aku?"
"Sudah tuan penunggu, seramai 5 nyawa ada pinggiran padang menanti untuk dikorbankan, beta berjanji untuk menyediakan korban setiap kali bulan mengambang menjelma."
"Baiklah... Aku izinkan kuda -kuda aku itu menjadi milik kamu selagi kamu berpegang pada janji kamu itu... Kuda-kuda aku sudah 4 ratus tahun dahagakan darah manusia."
"Beta janji..."
"Nyah kamu dari sini." Kata penunggu sambil terkumat-kamit membaca ayat mantera. Adex segera meninggalkan tempat itu.

Apabila Adex sampai di pintu gua, dia dapat melihat dari jauh kuda-kuda bota itu mulai meliar ganas membaham lima orang kawan Mesirnya. Binatang itu mengoyak-rabak dan memakan daging lima manusia malang itu sambil mengaum ganas. Adex yang tengok memerhatikan menjadi gerun dan gila.
Setelah kuda-kuda ganas itu selesai menjamu selera, Adex pun pergi mendekati binatang itu. Kuda yang ganas bertukar menjadi jinak sekali apabila Adex berada dekat dan menunduk sujud hormat kepada Adex. Adex ketawa mengilai kesukaan lalu memilih kuda yang paling tegap untuk ditungganginya. Adex mengetuai kumpulan kuda itu terbang ke bawah pergunungan itu ke tempat kawan Hikzosnya berada.
Budak-budak Hikzos itu juga terkejut besar melihat kuda-kuda itu berjaya diperolehi Adex itu. Binatang itu berupa naga yang mengeluarkan api tetapi bersayap bertubuh helang berkaki empat. Adex mengarahkan empat orang menunggang kuda bota bersamanya manakala seorang mengembala 10 kuda yang lain untuk dibawa ke lembah.
Dalam masa penerbangan ulung bersama-sama kawan Hikzos itu, Rhodor memberanikan diri bertanyakan tentang kawan-kawan Mesir Adex itu. Dan dengan megah Adex memberitahu, "Semua sudah berada dalam perut kuda-kuda ini."
Kawan-kawan Hikzos yang lain hanya mengelengkan kepala tanda kasihan. Akhirnya mereka sampai di bandar padang pasir itu. Mereka mengadakan pesta bersempena penamatan perguruan Lembah Merah itu.
Ketika berlangsung pesta yang tidak senonoh itu, Adex bersama Ravez di satu tempat lain iaitu bangsal tersimpannya kuda bota itu. "Adakah kanda akan tinggalkan dinda disini?"
"Tidak... Kanda tidak akan tinggalkan adinda Ravez untuk selamanya. Kanda akan kembali semula ke sini setelah kanda menjadi Raja Mesir yang rasmi, kanda janji akan jadikan Ravez sebagai Ratu Ravez nanti."
"Kanda janji ya..." Desak mengoda Ravez dan mereka kemudiannya melakukan lakuan terkutuk.

Keesokkan harinya, Adex bersama empat rakan Hikzosnya pun bertolak ke Mesir dengan menunggang kuda bota itu. Di masa yang sama di Istana Agung Memphis, Raja Firdaus berada dalam keadaan gering kerana sakit kerinduan mendiang isterinya yang telah lama berlarutan.
Ketibaan penerbangan kuda bota itu cukup menakutkan rakyat jelata di seluruh kota. Apatah lagi dengan laungan ngeri kuda itu beserta hembusan api. Akhirnya kumpulan kuda itu mendarat di padang istana. Seluruh warga istana ketakutan dengan kemunculan haiwan ganas yang tidak pernah dilihat di bumi Mesir itu.

Raja Firdaus yang berehat di kamar diraja utama didatangi oleh seorang pengawal kanan memaklumkan kepulangan Adex. Raja Firdaus sedikit segar dengan berita itu. Baginda mengarahkan jamuan makan malam diraja diadakan. Adex dan pengawal peribadinya disambut dengan meriah.

Beberapa hari kemudian, kapal layar yang membawa Putera Ramirez pun sampailah ke pelabuhan sungai bandar diraja itu. Hanya seorang pengawal pangkat rendah datang menyambut mereka. Rombongan Ramirez hanya bertemankan isterinya Saltinar dan rakan mereka Vaspara dan Maltinar. Hanya sedikit barang yang dibawa berserta sepasang kuda putih sakti itu tetapi tanpa tanduk unikon dan sayapnya.
Mereka kemudian mengadap paduka baginda raja di balairongseri utama istana, Adex yang sampai terdahulu berada di sebelah baginda. Ramirez memberitahu Raja Firdaus tentang perkahwinannya dengan Saltinar. Adex turut terpikat dengan kejelitaan Saltinar itu, dia sungguh berasa cemburu dengan pilihan abangnya itu.

Raja Firdaus berasa sungguh gembira dengan berita itu maka baginda mengistiharkan esok hari akan dilangsungkan perkahwinan rasmi Putera Ramirez dengan Saltinar itu. Hari menjelang senja di bandar Memphis. Pada masa yang sama, sekumpulan pemberontak yang terdiri daripada orang Nubia dari kawasan gurun tandus di selatan telah menyerang hendap pasukan tentera kerajaan di Bandar Lama Thebes. Mereka sebenarnya telah diupah oleh Romotex untuk membuat keadaan negara Mesir kucar-kacir.

Suasana di ibukota masih lagi meriah dengan acara sambutan perkahwinan diraja itu. Acara utama diadakan di Kuil Agung Amon. Suasana sambutan meriah hinggalah ke malamnya. Di istana dilangsungkan makan malam diraja bersempena perkahwinan itu. Dipertengahan kemeriahan keraian itu, baginda raja dikejutkan dengan kehadiran sepasukan tentera utusan dari Thebes yang memberitahu tentang penyerangan itu.
Pada mulanya, Raja Firdaus sendiri mahu mengetuai angkatan tentera memusnahkan tentera pemberontakan itu tetapi putera sulung membantah keras memandangkan kesihatan tuanku baginda itu. Lantas Ramirez secara sukarela ingin mengetuai ketumbukan ke Thebes. Raja Firdaus mencadangkan Putera Adex membantu abangnya tetapi Adex hanya tahu mengeluh, "Alah lecehlah ayahanda... Anakanda berada di bandar lama."

Ramirez juga menyokong kerana berpendapat adiknya itu lebih baik berada di sisi tuanku demi keselamatan baginda raja. Di dalam hati Adex berkata,"Jika ayahanda meninggal... Tentu sekali aku akan menjadi raja dihilir... Jika aku tidak tinggalkan Kota Memphis ini."

Baginda Raja Firaun merestui hasrat Ramirez itu, pada malam itu juga, meninggalkan isteri tercinta hanya bersama Maltinar dan dayang-dayang istana. Baginda dibantu Vaspara bersama pasukan tentera diraja Mesir berangkat dengan menaiki beberapa kapal layar dan sampai di waktu tengahari keesokkannya.
Apabila mereka sampai di Kota Thebes itu, bandar itu telah teruk dijarah, kesemua tentera pertahanan telah dibunuh. Terdapat juga rakyat biasa yang dibunuh dengan kejam. Ramirez mengatur serangan balas terhadap pemberontak.
Di waktu tengahari, pasukan peninjau berkuda Mesir dapat meninjau kedudukan terkini pemberontak dan membawa perkhabaran itu kepada baginda. Lantas baginda bersegera menyerang hendap habis-habisan penumbukan pemberontak di tengah padang pasir. Putera Ramirez berjaya menghapuskan pemberontak durjana itu.

Sekembali Ramirez ke Kota Thebes, beliau bertikad untuk membangunkan semula ibukota lama Mesir itu. Setelah beberapa minggu, rombongan Puteri Saltinar pun sampai untuk menyertai suaminya itu. Turut sama adalah baginda tuanku firaun Raja Firdaus. Baginda mewatikahkan Ramirez untuk memerintah sementara Wilayah Mesir Selatan. Selesai pewatikahan itu maka berangkat balik baginda tuanku ke Memphis.

Masa terus berlalu, Ramirez berjaya membangunkan semula wilayah selatan dengan penambahan rancangan pengairan padang pasir dan pembinaan empagan sungai yang lebih besar. Thebes menjadi makmur sekali, rakyat begitu gembira dengan keperihatinan dan perhatian raja mereka yang mereka kasihi. Maka itu, setiap tahun diadakan pesta kesyukuran di atas kemakmuran yang dikecapi oleh Thebes kini. Beberapa tahun kemudian, Puteri Saltinar melahirkan seorang anak lelaki melayakkan Ramirez untuk menjadi seorang raja yang rasmi.
Manakala di Memphis, suasana menjadi berbeza, Raja Firdaus semakin gering hanya terlantar di kamar diraja. Adex yang memegang tampuk pemerintahan Mesir Utara gagal memakmurkan atau mengekalkan kekayaan yang ada oleh negeri Memphi. Pemerintahan Adex penuh kekejaman, ramai rakyat yang tidak berdosa menjadi korban kuda botanya.

Kini di Thebes diadakan festival keraian bersempena ulang tahun pertama kelahiran putera sulung Ramirez yang dinamakan sebagai Ramiezar. Suasa seluruh istana keriangan melakukan persiapan festival.
Manakala di Memphis, Raja Firdaus memberitahu pengawal diraja untuk memanggilkan jurutulis diraja dimana baginda mahu menitahkan perutusan perlantikan rasmi Ramirez sebagai Raja Mesir Bersatu mengantikan baginda. Tetapi perutusan itu dapat dihidu oleh Adex. Adex mengarahkan dua kawan Hikzosnya untuk melakukan dua tugas berasingan, yang pertama pergi membunuh peyampai perutusan diraja itu dan yang kedua berangkat dengan kuda bota ke Lembah Merah. Raja Romotex begitu bergembira dengan berita perkhabaran yang dibawa, Adex memberitahu untuk merampas kuasa. Romotex mengumpulkan bala tentera berangkat ke timur.

Menjelang malam muda di Kota Thebes, Ramirez di anjung kamar kelihatan kegelisahan, Saltinar yang hanya memerhatikan baginda kemudian memberitahu, "Kekanda, anakanda kita akan mempunyai teman bermain sendiri 9 bulan lagi."
"Ya adinda... Kekanda amat bergembira." Berita itu sedikit-sebanyak menghilangkan gusar di wajah Ramirez. Maltinar sebagai dayang utama istana memandang keduanya dari jauh, hanya beliau dan Vaspara tahu tentang kehamilan awal permaisuri itu.

Di istana Memphis, Adex hanya menantikan pasukan bantuan daripada Lembah Merah tiba. Orang suruhan Hikzosnya memberitahu, pasukan bantuan sudah sampai di pinggir Bandar Memphis. Adex mengambil langkah dan masuk ke kamar utama diraja, sebelum itu dia menitahkan semua dayang dan pengawal istana keluar dari situ. Baginda Raja Firdaus sudah begitu lemah tidak terdaya. Adex mengeluarkan pisau tajam dari baju simpanannya. Tanpa membuang masa lagi, Adex menghunuskan pisau itu ke dada ayahandanya tanpa sebarang simpati. Manakala serentak dengan itu, Romotex mengarahkan serangan di pelbagai penjuru Memphis. Ramai tentera diraja Mesir mati terkorban dalam serangan mengejut itu. Setelah ketumbukan tentera utama bandar telah tumbang, Romotex mengarahkan pasukannya menghala ke Kuil Amon Utama untuk membunuh kakitangan paderi kuil itu termasuklah Paderi Agung yang juga ayah Vaspara. Romotex berjaya membunuh dengan kejam tuan paderi yang tidak bersenjata. Romotex begitu gembira sekali kerana dia sendiri akan mengambil-alih jawatan paderi kepada dirinya sendiri dimana kedudukan Paderi Agung Mesir adalah penasihat utama Firaun.
Kemudian Adex menyertai ayah angkatnya itu. Dengan segera Adex menitahkan bala tentera durjana itu bergerak ke selatan Mesir iaitu ke Bandar Thebes! Terlebih dahulu, Adex dan pasukan elit kuda burung bota berangkat terbang ke sana dengan tujuan untuk membunuh abangnya.

Di perkarangan Istana Utama Thebes, Raja Ramirez berada di anjung menara utama istana untuk menyampaikan ucapan diraja. Rakyat di laman begitu keriangan menanti raja kesayangan mereka untuk memulakan ucapan pembuka festival.
Pasukan berkuda bota Adex begitu hampir ke Kora Thebes. Ramirez yang sedang berucap dikejutkan dengan gaungan raksasa ganas yang bernama kuda bota itu. Rakyat berteriak ketakutan dan lari bertempiaran menyelamatkan diri. Burung kuda bota yang mendarat itu membaham mencederakan sesiapa sahaja yang berdekatan dengannya.
Pendaratan kuda ganas itu amat memeranjatkan semua kerana ternyata diketuai oleh raja di hilir Mesir iaitu Adex! Adex menitahkan pengawal-pengawalnya untuk membunuh semua yang ada. Maka mulalah orang Hikzos yang berdarah ganas itu menjarah semua.

Melihat keadaan kecoh di bawah istana, Raja Ramirez menitahkan pengawal yang ada melindungi istana. Pengawal istana sedaya upaya melawan pahlawan ganas dari Lembah Merah itu. Raja Ramirez tidak terkejut dengan kelibat Adex itu, tergiang-giang amaran ayahanda mertuanya, Mahaguru Voton tentang peristiwa kelam yang bakal melanda.

Dengan bersegera Ramirez menghantar isterinya dan dayang utama, Maltinar ke bilik perlindungan untuk bersembunyi. Manakala Vaspara mempersiapkan dua kuda sakti mereka yang menjelma dari kuda putih biasa kepada kuda terbang bertanduk unikon.

Ramirez mengingatkan Saltinar melindungi anak mereka yang bakal lahir nanti dan menanda lahir seperti disuruh oleh ayahandanya. Dan barang-barang sakti diagih sama rata. Lantas baginda meninggalkan isterinya disitu lalu baginda ke kamar anakanda Ramiezar yang sedang tidur nyenyak. Baginda membawa bersama puteranya ke pintu belakang istana di mana Vaspara sudah menunggu bersama dua kuda terbang itu.

akan datang................ 04 Dis 2007

No comments:

Post a Comment